Saturday, May 29, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam berkesempatan jenguk2 showroom Perodua kat Kota Damansara. Ramai orang malam tadi. Nak tengok kereta baru perodua tu lah… ALZA – kereta juga MPV… faham ke? hheeheh

So, kenapa Perodua kata Alza ni kereta juga MPV? Sebabnya, dia perform macam kereta, pada masa sama, dia juga nak jadi MPV. Sebab ada lebih 2 tempat duduk kat barisan ketiga. Sebab tu jek.

Saya rasa saingan terdekat Alza adalah Proton Persona. Ada orang kata Alza ni nak fight market dengan Exora, tapi saya rasa tak sangat lah… sebab Proton Exora ada marketnya sendiri dan ada kelebihannya sendiri. Proton Exora lagi besar, lagi bnyk ruang dan enjin nya pulak 1.6.

Alza ni tak lebih macam kereta pada pandangan saya. Alza ada 5+2 tempat duduk. So, jadi la 7 tempat duduk. Daripada pemerhatian saya malam tadi, ada beberapa point yang saya rasa boleh saya kongsikan kat blog saya utk pembaca semua.

1 – Tempat duduk – OK, takde masalah dengan tempat duduk dia… ada org kata tempat duduk barisan ketiga macam papan, tapi bila kereta dah keluar, ia tak lah seperti di sangka.

2 – Buatan Alza ni adalah OK – nampak mewah, tapi pada masa sama kualiti terjaga lah…

3 – Tayar – 15 inci

4 – Barisan ketiga sesuai utk kanak-kanak atau mereka yang bersaiz kecil. Tinggi tak leh lebih 170 sm. Kalau lebih, memang rasa sempit kat tempat duduk barisan ketiga.

5 – Warga tua adalah di galakkan duduk di barisan kedua utk memudahkan keluar dan masuk kereta.

6 – Enjin 1.5 macam Avanza, cuma bezanya, pembuatan enjin ni hampir sepenuhnya dibuat di Malaysia.

7 – Ruang kargo, pada saya limited lah. Kalau nak ruang lagi besar, kena la tolak tempat duduk barisan ke tiga tu… dapat la ruang lebih… bila dah ada ruang, boleh jadi tempat tidur utk anak2 kalau perjalanan jauh.

8 – Lampu meter adalah optitron – utk versi manual standard, lampu kaler oren. Versi automatik dia kaler biru.

9 – Utk versi automatik, gear lever adalah di dashboard. Ada tempat duduk kecik kat tengah antara driver & passenger kiri.

10 – Handbrake utk manual adalah di tempat biasa. Handbrake utk auto, Alza guna foot brake. Tgk kat slideshow atas.

11 – Pemanduan? Takde komen, sebab dah malam. Tak sempat test drive lah. Tapi utk enjin 1.5, pada saya sepatutnya pemanduan adalah seperti biasa. Macam drive kereta auto gak.

Nak bagi tahu apa lagi ye? Kalau nak tau lebih lagi, sila2 lah ke showroom perodua berdekatan.

Verdict saya: Sesuai utk mereka yang nak kan kereta lebih besar, tapi tak nak ambik MPV.


Thanks.

1 comment:

  1. t3 twin turbo kits working efficiently electric turbocharger are one of the best ways to increase the power from an engine.
    Hi all, it's your best choice for car parts. We are the one of the best suppliers of car turbo actuator, welcome to cooperate with us.
    I'm new here,any interestings in car parts? I have some opinions, have you ever known precision turbo cars, you can find more you need.
    Shanghai Zencar Industry Co.,Ltd is a professional supplier for electric turbo core.

    ReplyDelete